Panduan lengkap semua agensi KPKM β program geran, pembiayaan dan bantuan untuk usahawan makanan Malaysia.
KPKM mentadbir tiga program geran utama yang terus boleh dipohon oleh usahawan makanan & agromakanan β Geran Padanan CUP & HIP untuk usahawan sedia ada, serta Geran Agropreneur NextGen untuk belia.
Program ini membantu usahawan industri makanan kategori Mikro menaik taraf produk, peralatan dan proses pengeluaran.
HIP menyasarkan usahawan makanan kategori Kecil yang nak scale-up pengeluaran produk berimpak tinggi.
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Nilai Maksimum | Sehingga RM400,000 |
| Kadar Geran | Kerajaan: 50% | Usahawan: 50% |
| Kategori | Usahawan Industri Makanan & Asas Tani Kecil |
| Kegunaan | Peralatan, mesin, naik taraf kilang, pensijilan |
Penjenamaan semula Geran Agropreneur Muda (GAM) bermula 2026. Merangkumi 4 pakej: Tanaman, Ternakan, Perikanan & Industri Makanan & Asas Tani.
| Kategori | Umur | Nilai Bantuan |
|---|---|---|
| Start-Up | 18β43 tahun | Sehingga RM30,000 (pertanian) / RM20,000 (IAT) |
| Scale-Up | 21β45 tahun | Sehingga RM50,000 (teknologi agro) |
DOA bertanggungjawab membangun dan memajukan sektor tanaman negara. Selain khidmat nasihat teknikal, DOA melaksanakan geran Agropreneur NextGen dan program pertanian komuniti untuk usahawan tani.
Jabatan Perikanan membangunkan sektor perikanan & akuakultur negara. DOF menyediakan bantuan peralatan, pembiayaan akuakultur dan program keusahawanan berasaskan rantaian nilai perikanan termasuk pemprosesan produk makanan laut.
DVS membangunkan industri ternakan Malaysia β daging, susu, telur dan produk hiliran ternakan. DVS melaksanakan geran Agropreneur NextGen untuk sektor ternakan dan program geran padanan HIP/CUP untuk industri makanan berasaskan ternakan.
DVS melaksanakan geran padanan HIP & CUP khusus untuk usahawan industri asas ternakan β produk daging, susu, telur & hiliran ternakan.
FAMA membantu petani & usahawan agromakanan dalam pemasaran hasil pertanian. Selain platform jualan (Pasar Tani, AgroBazaar), FAMA menawarkan bantuan pembungkusan, penjenamaan, pensijilan dan pemasaran antarabangsa.
Program ini memastikan produk usahawan IAT memenuhi piawaian Akta Makanan 1983 untuk bersaing di pasaran lebih besar.
| Aktiviti | Butiran |
|---|---|
| Analisa Nutrisi | Analisa kandungan & jangka hayat produk |
| Rekabentuk Label | PKS 1β3: Reka bentuk label & cetakan pertama percuma |
| Pembungkusan | PKS 4β6: Reka bentuk & mock-up pembungkusan percuma |
MARDI adalah pusat penyelidikan & pembangunan pertanian negara. Selain R&D, MARDI menyediakan program inkubator teknologi makanan, khidmat pembangunan produk, dan membantu pengkomersialan inovasi makanan oleh usahawan.
LPP menguruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Malaysia. Usahawan peladang yang menjadi ahli PPK layak mendapat geran, pembiayaan dan latihan untuk membangunkan perniagaan pertanian dan makanan.
LPP menyalurkan pelbagai geran KPKM kepada ahli PPK merangkumi semua skop agromakanan:
| Program | Jenis | Nilai |
|---|---|---|
| Agriprentice | Geran | RM20,000/peserta (18β40 tahun) |
| GAM Start-Up | Geran In-Kind | Sehingga RM30,000 |
| GAM Scale-Up | Geran In-Kind | Sehingga RM50,000 |
| CUP | Geran Padanan | Sehingga 70% kos (maks nilai geran) |
| HIP | Geran Padanan | Sehingga RM400,000 (50%) |
| Rezeki Tani | Geran Khas | Bergantung projek |
| PRE | Pakej Rangsangan Ekonomi | Bergantung projek |
| Tabung | Had | Diuruskan oleh |
|---|---|---|
| TPUP di PPK | Sehingga RM20,000 | Pertubuhan Peladang Kawasan |
| TPUP di LPP | RM20,001 β RM100,000 | Ibu Pejabat LPP |
LKIM membangunkan industri perikanan dan usahawan berasaskan sumber laut. LKIM menyediakan pembiayaan (e-Dana), bimbingan keusahawanan dan sokongan pemasaran untuk nelayan & usahawan produk makanan laut.
MADA & KADA membangunkan kawasan jelapang padi utama Malaysia β Muda (Kedah/Perlis) dan Kemubu (Kelantan). Kedua-dua lembaga menyediakan bantuan kepada pesawah & usahawan industri hiliran padi dan beras.
LPNM membangunkan industri nanas Malaysia dari hulu ke hilir β dari penanaman hingga pemprosesan produk nanas (tin, jem, jus, serunding). LPNM menyediakan bantuan untuk usahawan produk berasaskan nanas.
Agrobank adalah bank pembangunan pertanian Malaysia yang menyediakan pembiayaan patuh Syariah untuk seluruh rantaian nilai sektor agromakanan β dari pengeluaran hulu hingga pemprosesan hiliran. Kadar keuntungan serendah 2% setahun.
| Skim | Untuk Siapa |
|---|---|
| BERNAS Paddy-i | Pesawah berikatan bekalan dengan Kilang Beras BERNAS |
| PPK Paddy-i | Pesawah berikatan dengan Pertubuhan Peladang Kawasan |
| KPK Paddy-i | Pesawah berikatan dengan Kilang Padi Komersial lain |
| Agro Paddy-i | Pesawah bebas (tanpa sebarang ikatan bekalan) |
Program berikut dilaksanakan oleh semua agensi teknikal KPKM (DOA, DOF, DVS, FAMA, MARDI, LPP, MADA, KADA) β pilih agensi mengikut sektor projek anda.
Tanaman Β· Ternakan Β· Perikanan Β· Makanan
Teknologi Agro Moden
Naik Taraf Produk (Mikro)
Produk Impak Tinggi (Kecil)
Portal Permohonan: app-egam.kpkm.gov.my | Dibuka Sepanjang Tahun
Geran Langsung Kementerian
Jabatan Pertanian
Jabatan Perikanan
Jabatan Veterinar
Pemasaran Pertanian
Penyelidikan & Teknologi
Lembaga Peladang
Kemajuan Ikan
Bank Pertanian Malaysia